Thursday, July 29, 2010

KANSER KOLOREKTAL (KANSER USUS BESAR)



Kehadiran darah dalam najis atau pendarahan sewaktu membuang air besar atau perubahan dalam corak pembuangan air besar ( sembelit berselang-seli dengan cirit-birit ) selama 3 minggu atau lebih. Adakah anda mengalami gejala-gejala yang demikian?. Jika ya, itu adalah tanda-tanda anda sedang mengalami kanser usus besar.


Kanser kolorektal ialah sejenis ketumbuhan yang terdapat di dalam usus besar yang juga dikenali sebagai kolon. Ia bermula apabila sel-sel usus menggandakan bilangan selnya secara tidak terkawal dan kemudiannya merebak serta boleh menyebabkan kematian. Kanser ini kerap berlaku dalam kalangan mereka yang berumur 50 tahun ke atas tanpa mengira jantina.
Risiko untuk mendapat kanser ini akan meningkat sekiranya anda atau ahli keluarga terdekat mengalami kanser Kolorektal, Polip Kolon dan Radang Kolon. Selain daripada fakto genetik, terdapat juga beberapa faktor penyumbang yang lain yang menyebabkan berlakunya kanser ini. Antaranya seperti amalan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan tidak berserat. Merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan. Selain itu kurang melakukan aktiviti fizikal seperti senaman juga menjadi faktor penyumbang. Di Malaysia, amalan permakanan adalah penyumbang utama kepada kebanyakkan penyakit berbahaya yang dihidapi masyarakat. Dalam sesetengah kes, pesakit hanya mendapatkan rawatan apabila kanser ini telah sampai ke peringkat terakhir. Pada waktu itu, peluang untuk sembuh adalah amat tipis.
Apa yang terbaik yang boleh dilakukan oleh anda sekiranya anda merasakan gejala yang dinyatakan atau mengetahui ahli keluarga atau rakan mengalami gejala tersebut. Bawalah mereka untuk pemeriksaan di klinik atau hospital. Pemeriksaan awal dapat mengelakkan kanser ini daripada merebak. Habis.

No comments:

Post a Comment