Wednesday, July 28, 2010

KENALI KAMI...


Pejabat Kesihatan Timur Laut dahulunya beroperasi di Jalan Tull tetapi berpindah ke bangunan baru pada penghujung tahun 2004. Kini Pejabat Kesihatan Timur Laut terletak bersebelahan Klinik Kesihatan Jalan Perak dan dikenali juga dengan nama ringkas PKTL. PKTL mentadbir Klinik Kesihatan, Klinik Ibu dan Anak, dan Klinik Desa di bawah daerah Timur Laut. Selain bahagian pentadbiran, PKTL juga menempatkan Klinik Kesihatan Ibu & Anak Jalan Perak, Unit Pasukan Sekolah, Pegawai Farmasi Daerah, Unit Inspektorat & Perundangan, Penyelia Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan Kanan dan Bilik Mesyuarat. Pegawai Kesihatan Daerah yang terakhir mentadbir PKTL adalah Dr. Haji Mohamed Naim Bin Abdul Kadir sebelum beliau berpindah ke JKN Perak. Kini tugas beliau diambil alih oleh Dr. Umarazina Binti Abdul Kadir yang memangku tugas Pegawai Kesihatan Daerah manakala tugas Pegawai Kesihatan Epidermologi telah diambil alih oleh Dr. Rozaini Binti Mat Shah. Dari masa ke semasa PKTL telah mencapai peningkatan dalam penyampaian perkhidmatan dan pentadbiran. Pada Jun 2010, Klinik Kesihatan Bandar Baru Air Itam telah dirasmikan dan ianya menjadi 'anak bongsu' kepada PKTL. Bagi menjadikan PKTL setanding dengan Jabatan -Jabatan Kerajaan yang lain. Pihak Pengurusan Tertinggi PKTL telah berusaha untuk mendapatkan penarafan ISO terhadap PKTL.

No comments:

Post a Comment