Wednesday, July 28, 2010

MALARIA.. KENALI IA..HINDARI IA...


Malaria... Umum sering mendengar mengenai penyakit Malaria tetapi sejauh manakah masyarakat mengenali penyakit Malaria ini?.


Sebelum kita meneruskan lagi topik ini, kita perlu mengenali apa itu Malaria?. Malaria disebabkan oleh gigitan nyamuk tiruk (ANOPHELES) yang membawa parasit Malaria. Parasit ini hidup dalam sel darah merah pesakit dan akan merosakkan sel-sel darah merah tersebut yang boleh mengakibatkan KEMATIAN. Malaria hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan darah.


Nyamuk Tiruk (ANOPHELES) yang mempunyai parasit Malaria dalam badannya apabila menggigit orang yang sihat secara tidak langsung akan menjangkitkan parasit tersebut kepada orang tersebut.

Apabila seseorang itu mendapat jangkitan Malaria. seseorang itu akan mengalami gejala demam yang boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Pada peringkat permulaan, badan akan merasa sejuk dan menggigil. Kemudian diikuti dengan rasa panas badan dan seterusnya badan berpeluh-peluh. Demam boleh berlaku setiap hari, selang sehari atau dua hari.
Jangkitan Malaria boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang (NEPHROTIC SYNDROME), kerosakan otak, kemusnahan sel darah merah, pembesaran limpa (CHRONIC ANEMIA) dan memudaratkan ibu mengandung.
Bagi membasmi gejalan ini, pihak Kesihatan sentiansa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi membasmi tempat pembiakan dan sebarang punca yang boleh menyebabkan penyebaran Malaria. Masyarakat juga harus memainkan peranan masing-masing untuk mencegah perkara ini. Antaranya adalah gunakan penyembur atau ubat nyamuk di rumah, tidur dalam kelambu, memasang jejaring pada tingkap, membersihkan halaman rumah dan longkang di sekitar rumah, memberikan kerjasama kepada pihak Kesihatan yang datang ke rumah untuk menjalankan semburan kabus (fogging) dan menggunakan "repelant" semasa berada di kawasan hutan atau belukar. Habis.

No comments:

Post a Comment