Thursday, July 29, 2010

PROSTAR.. KEMBARA BECA..

Program Gempak 1 PROSTAR 1 MALAYSIA telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Julai lalu bertempat di Perkarangan Luar Dewan Sri Pinang. Kakitangan PKTL telah terlibat secara langsung sebagai urusetia program berkenaan dengan dibantu oleh sukarelawan PROSTAR yang terdiri daripada pelajar sekolah dalam daerah Timur Laut. Selain itu, pelajar daripada S.M.K Air Hitam di bawah bimbingan Cikgu Adrew turut menjayakan segmen persembahan dengan mempersembahkan tarian 1 Malaysia. Selain itu, kumpulan 'shuffle' daripada S.M.K Sungai Nibong turut mempersembahkan tarian yang menarik minat pengunjung yang hadir pada program berkenaan. Program ini telah menampilkan suatu kelainan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat sekeliling. Pendekatan menaiki 'lanca' atau beca telah digunakan dan ianya telah berjaya menarik perhatian orang ramai dan pelancong asing yang berada di situ. Dr Ismail Lasa AMN yang merupakan Presiden Kelab PROSTAR Malaysia memuji pihak urusetia yang mencadangkan pendekatan ini. Beliau berharap pada masa hadapan, program sebegini dapat diadakan pada waktu malam bagi mencari kelainan. Program ini telah mendapat maklum balas positif daripada kalangan pelajar dan pengunjung. Mereka mencadangkan agar program sebegini dapat diadakan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan publisiti yang lebih luas diadakan agar lebih ramai orang mengetahui mengenai program ini. Pujian dan penghargaan harus diberikan kepada pihak media massa yang hadir bagi membuat liputan terhadap perjalanan program ini. Publisiti yang diberikan oleh media massa secara tidak langsung akan mempromosikan PROSTAR daerah Timur Laut. Habis.

No comments:

Post a Comment